-->
ouhh yeah ♥ :)

Take Responsibility.

Assalamualaikum, hai *lambai tangan*
siang berganti malam dan malam berganti siang dalam silih yang tidak kusedari sejak lebih seminggu aku dirumah. seingat, aku pernah menceritakan rutin harianku ketika berada di politeknik pada entri yang dahulu. Dari pagi ke pagi, study kelas study kelas, ahhh ! tension betul :3 Hanya mampu mencuri sedikit masa antara senggang untuk solat dan menjamah makanan pembekal tenaga. Hm, itu pun kalau sempat untuk menjamah makan tengahari. Eh, aku hampir terlupa pada awalnya mengenai tanggungjawab yang di amanahkan. Alhamdulillah, mak dan ayah sentiasa mengingatkan aku.

selangkah kaki ku keluar dari rumah untuk mencari ilmu, aku dapat merasakan aku adalah orang yang akan mengambil tanggungjawab dari ayah. kadang-kadang aku terfikir "kemana arah tujuku ? apakah yang akan berlaku selepas ini ? Adakah semuanya baik-baik sahaja ? " o.O  Ya  Allah, andai aku mengetahui apa yang berlaku pada diriku. Pasti akan ku buat persediaan sebelum perkara itu berlaku. Tapii aku hanya manusia yang biasa dan tidak mungkin semua itu kuketahui, kerana setiap perjalanan hidup manusia adalah rahsiaMu. Aku mohon kepadaMu Ya Allah agar diberi ketabahan dan kemampuan untuk memikul tanggungjawab keluarga sebagai anak sulong. Kau bantulah aku dengan mempermudahkan setiap urusanku dan murahkan rezekiku dan keluargaku. . Engkau pimpinlah aku sehingga menjadi seorang manusia yang berjaya dan tidak angkuh. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang mudah lemah dengan kelalaian dunia. Maka Engkau kuatkan lah semangatku dan tabah menghadapi semua ini. aminn :)

Membisu tidak bermakna aku cuba mengasingkan diri tetapi aku sedang memikirkan sesuatu "Bagaimana perjalanan hidup aku selepas ini dan bagaimana pula dengan nasib keluargaku ? " hmm, aku cuba menjadi yang terbaik untuk mereka tapi kadang-kadang tu ibarat hangat-hangat tahi ayam. Aku mudah berputus asa :( bagaimana bagaimana bagaimana ? aku sangat memerlukan hambaMu Ya Allah, yang boleh membantu aku untuk mengejar impian dan sentiasa memberi diriku semangat.
selain tu, aku cuba untuk mengenali dunia dan ragam manusia. pelbagai ragam manusia telah aku temui. Kini aku sedar, untuk kita berdiri kukuh terlalu sukar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan semangat yang tinggi. kerana dalam dunia serba moden ini terlalu ramai penipu. Dan sebab tu juga lah kita perlu berhati-hati dalam mengenali atau mempercayai seseorang itu.
Memang tidak dinafi, aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini. Tapi kadang-kadang tu, diriku berkata-kata,"sampai bilakah aku belum bersedia ? lama kelamaan aku akan bertemu jua dengan semua ini. yeah ! aku mampu menghadapi semua ini. katakan BOLEH ? yea, saya BOLEH ! Malaysia BOLEH ! " :)

okayy, apa yang penting sekarang bagi diriku adalah untuk melaksanakan amanah dari ayah iaitu belajar bersungguh-sungguh dan jangaan lupa kepada Allah s.w.t. ouh yeah, nanti bila dah habis belajar, cari pekerjaan yang halal, hormat orang disekeliling dan jaga adab. Jangan lupa solat 5 waktu. *mak dan ayah selalu berpesan begini #

The moment you take responsibility for everything in youf life is the moment
you change anything in your life.

smile :)

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3

Cute Pink Kaoani



Powered by Blogger.