Assalamualaikum, hai *lambai tangan*
siang berganti malam dan
malam berganti siang dalam silih yang tidak kusedari sejak lebih
seminggu aku dirumah. seingat, aku pernah menceritakan rutin harianku
ketika berada di politeknik pada entri yang dahulu. Dari pagi ke pagi,
study kelas study kelas, ahhh ! tension betul :3 Hanya mampu mencuri
sedikit masa antara senggang untuk solat dan menjamah makanan pembekal
tenaga. Hm, itu pun kalau sempat untuk menjamah makan tengahari. Eh, aku
hampir terlupa pada awalnya mengenai tanggungjawab yang di amanahkan.
Alhamdulillah, mak dan ayah sentiasa mengingatkan aku.
selangkah
kaki ku keluar dari rumah untuk mencari ilmu, aku dapat merasakan aku
adalah orang yang akan mengambil tanggungjawab dari ayah. kadang-kadang
aku terfikir "kemana arah tujuku ? apakah yang akan berlaku selepas ini ?
Adakah semuanya baik-baik sahaja ? " o.O Ya Allah, andai aku
mengetahui apa yang berlaku pada diriku. Pasti akan ku buat persediaan
sebelum perkara itu berlaku. Tapii aku hanya manusia yang biasa dan
tidak mungkin semua itu kuketahui, kerana setiap perjalanan hidup
manusia adalah rahsiaMu. Aku mohon kepadaMu Ya Allah agar diberi
ketabahan dan kemampuan untuk memikul tanggungjawab keluarga sebagai
anak sulong. Kau bantulah aku dengan mempermudahkan setiap urusanku dan
murahkan rezekiku dan keluargaku. . Engkau pimpinlah aku sehingga
menjadi seorang manusia yang berjaya dan tidak angkuh. Sesungguhnya aku
hanya manusia biasa yang mudah lemah dengan kelalaian dunia. Maka Engkau
kuatkan lah semangatku dan tabah menghadapi semua ini. aminn :)
Membisu
tidak bermakna aku cuba mengasingkan diri tetapi aku sedang memikirkan
sesuatu "Bagaimana perjalanan hidup aku selepas ini dan bagaimana pula
dengan nasib keluargaku ? " hmm, aku cuba menjadi yang terbaik untuk
mereka tapi kadang-kadang tu ibarat hangat-hangat tahi ayam.
Aku mudah berputus asa :( bagaimana bagaimana bagaimana ? aku sangat
memerlukan hambaMu Ya Allah, yang boleh membantu aku untuk mengejar
impian dan sentiasa memberi diriku semangat.
selain tu, aku cuba
untuk mengenali dunia dan ragam manusia. pelbagai ragam manusia telah
aku temui. Kini aku sedar, untuk kita berdiri kukuh terlalu sukar
sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan semangat yang tinggi. kerana
dalam dunia serba moden ini terlalu ramai penipu. Dan sebab tu juga lah
kita perlu berhati-hati dalam mengenali atau mempercayai seseorang itu.
Memang
tidak dinafi, aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini. Tapi
kadang-kadang tu, diriku berkata-kata,"sampai bilakah aku belum bersedia
? lama kelamaan aku akan bertemu jua dengan semua ini. yeah ! aku mampu
menghadapi semua ini. katakan BOLEH ? yea, saya BOLEH ! Malaysia BOLEH !
" :)
okayy, apa yang penting sekarang bagi diriku
adalah untuk melaksanakan amanah dari ayah iaitu belajar
bersungguh-sungguh dan jangaan lupa kepada Allah s.w.t. ouh yeah, nanti
bila dah habis belajar, cari pekerjaan yang halal, hormat orang
disekeliling dan jaga adab. Jangan lupa solat 5 waktu. *mak dan ayah
selalu berpesan begini #
The moment you take responsibility for everything in youf life is the moment
you change anything in your life.
smile :)
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3