Assalamualaikum, hi semua :3
Ehem ehem ehem testing *sakit tekak*
Dengan ini saya akan mengumukan tarikh hari raya aidilfitri jatuh pada 19 ogos 2012 (1 syawal). yeyyyy ! prittt pritt prittt kebabooom boom *bunyi mercun* Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah bermula. Semua orang akan segak bergaya lagi menawan dipagi tu. Kemudian mula lah upload gambo di fesbuk, twitter dan sebagainya. Termasuklah aku. hahaha. kcukup ! biasalah semangat raya. Rasa macam jari ni eksited jea nak klik button "UPLOAD" :p
* keesokan pagi*
sayup-sayup kedengaran takbir raya dari ruang legar rumahku malam tu membuatkan aku rasa sebak tak menentu. Kenapa perlu sebak bilaa harini hari raya ? Hari suka ria, berkumpul bersama sanak saudara ? Aku sebak kerana sekolah ramadhan sesi tahun ini sudah tamat dan kita semua muslim yang masih bernyawa adalah graduan dari sekolah ini.
Cuma yang membezakan kita adalah pada kelas mana kita menamatkannya. Adakah kita graduan yang berjaya pada kelas pertam, kedua, atau hanya graduan biasa ? Lebih meyedihkan ialah bila kita menghadiri majlis graduasi (Hari Raya) ini dengan sijil ijazah yang tak betanda apa-apa. Pada aku, kelas ramadhan ini hanya mengajar kita menahan lapar dahaga semata-mata tanpa mengambil kira rohnya dan segala amalan lain. Astaghfirullah. Betapa ruginya kita jika menyangka tahun depan masih ada.
*lap airmata*
ouhh, yeaa, sibuk jea beraya kan kan. Mesti korang dapat banyak duit raya kan kan ? hee :D wahh ! adek-adek dekat sana tu sibuk jea mengira duit raya,. Alolo, kak pja nak juga duit raya. Tahun ni kak pja dapat duit raya sikit jea. Itu pun tak sampai RM150. .saudara mara semua cakap saya sudah besar. so, budak-budak besar mana boleh dapat duit raya lagi. sedih :( hahahhaa
Eh, adek-adek yang dapat duit raya banyak tu, korang nak buat apa eh dengan duit tu ? hm, jangan membazir yea sayaaang :) Simpan duit tu dalam akaun simpanan adek-adek. Nanti bilaa dah besar mesti perlukan duit tu. .hee, baiklahh,. Saya shortcut kan cerita boleh ? Nak cerita panjang lebar, kang ada pulaa jadi novel raya. Tak larat korang nak baca nanti. Haha kcukup !
Dalam kemeriahan raya ini, aku ingin menyusun 10 jari berserta hati memohon maaf atas segala silapku pada semua yang mengenali. Kemaafan kalian amat berharga dan aku maafkan semua. Biar hati jadi tenang, Tiada gundah buat hati gelisah.
Buat mak ayah,
Tanpa kalian aku tidak akan berada disini harini. Aku wujud dengan kuasaNya melalui kalian berdua. Ampunkan dosa anakmu ini dan jangan putus berdoa agar aku berjaya didunia dan akhirat.
Buat adekku,
Kakakmu minta maaf atas semua teguran kadangkala agak kasar. Kakak hanya ingin kau berjaya dan rajin. Kau perlu tahu, tiada jalan pintas untuk menuju ke puncak selain usaha yang berterusan bersama azam dan doa.
Hari kemenangan yang harus diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Bersyukur kerana masih mempunyai nadi untuk meraikannya. Insaf atas segala kekurangan ibadah dalam bulan ramadhan. .Persoalannya, masihkah ada lagi ramadhan dalam diri kita ?
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3