-->
ouhh yeah ♥ :)

Aku ingin berubah sepenuhnya tapi bagaimana ?

Assalamualaikum, hi :)

Aku hanya insan biasa yang hanya menyatakanku berubah hari ini, esok ku kembali semula, mungkin lusa aku berubah lagi !

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan perubahan jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Azamku tidak mungkin kau jadikan kelabu. Tepis-tepis kata yang sinis. Yang panas ku jadikan membeku, Bahagiaku kemudi selalu. Biarku menuju jalan tak berliku. Biarkan cemburu berkubur asalkan tak cemari hidupku,Biarku senyum selalu tandanya ku tidak seteru. Jangan kau terpenjuru. Jangan kau bercelaru. Diriku bukan milikmu.
Ya Allah tunjukkan lah kepada kami yang tidak benar dan jadikan lah pilihan kami mengikut yang benar dan juga kau tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.

 

Harini genap 3bulan aku di politeknik. Hm, cepatkan masa berlalu, Sebab tu lahh, mak selalu berpesan supaya menggunakan masa yang ada itu dengan sebaik-baiknya.
 Kerinduaan di hati makin membuak-buak, teringatkan mak ayah di kampung. Hati gelisah, kepenatan terlalu , minda bercelaru, kerinduanku hanya utk keluargaku. *airmata menitis*. Minggu ni merupakan minggu yang sibuk bagi diriku. Hari dimana semua pelajar DBS1A terpaksa menggantikan kelas. Yang menyedihkan lagi apabila aku terpaksa berhadapan dgn Quiz,tutorial, Test. Kepenatan makin dirasai. Tidak pernah terfikir sebegini rupa kehidupan di IPTA.  Kalau dulu waktu sekolah, “LINE CLEAR” jea kalau nak meniru tapii dekat sini ?. “sampai bilakah kau nak meniru ?!!! .Hari-hari aku disini sentiasa dipenuhi dgn aktiviti yang padat apatah lagi aku masih di awal semester. Banyak peraturan yang mesti dipatuhi. Bagi aku, tidak menjadi masalah untuk mengikut peraturan kerana ia dapat mendidik diri kita supaya berdisiplin :)

 Hmm, pernah tak adek-adek bayangkan sebegini rupa ? jawapannya, mesti lahh TIDAK kan ? !! haaa, sebab tu lahh kak pja nak ingatkan adek-adek supaya jangaaaan main-main waktu dalam kelas. Kalau hendak diharapkan ulangkaji selepas waktu kelas. huh,  Jangaaan mimpi lahhh !!! sebenarnya kan adek-adek, waktu dalam kelas tu lahh yang perlu kita FOKUS. Mungkin adek-adek yang masih bersekolah ni ada waktu utk santai-santai kan kan ? tapii satu hari nanti apabila adek-adek menjejakkan kaki ke sini (IPTA). Waktu tu adek-adek tahu lahh bagaimana rasanya. Ouhh yea, satu lagi, selepas jea balik dari kelas, jika ada waktu terluang, jangan lupa study balik topic yang lecturer ajar tadi. okayy ? :)

 Malam yang penuh kekacauan, JIWA KACAU ! ahhh, stress stress strees ! Apakah tidaknya, keesokan akan diadakan Quiz dan Test dari subjek statistics, pendidikan islam dan economic *muka bengang* huh ! tarik nafasa dan hembus. kemudian senyum :3 Relax relax relax ! Bayangkan tengah-tengah malam begini, semua orang tengah nyenyak jea tidur. Kita yang dekat sini sibuk memahami bendalah ini. kcukup ! tutup buku terus tidur. hahaha. *penat membaca dan keesokannya tawakal jea* :p
#mak selalu berpesan, biar kita susah harini dan mudah-mudahan kita akan menperoleh kesenangan dimasa hadapan#

Alhamdulillah, sungguh tidak sangka dengan berkat doa. Satu keajaiban telah berlaku apabila pada keesokan harinya quiz statistic dan pendidikan islam tidak dijalankan secara serentak malah ditunda pada hari-hari yang berlainan. yeyyy ! Pada waktu itu aku dapat merasakan sesungguhnya Allah s.w.t telah mendengar doaku dan tangisan itu sebenarnya memberikan aku ketenangan. Pernah aku terbaca kata-kata ini “Allah suka pada org yang meminta. .ingat yea adek-adek. ujian bukan lahh musibah, tetapi adalah kaseh sayaaang Allah kepada hamba yang ingin dekat kepadanya :’)


Apabila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, dan tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. Hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya.
Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati.

Namun, boleh jadi keadaan berbeza seketika, kadang-kadang. Apabila Allah sayang kita, diuji kita dengan rasa kesempitan dada, kepayahan dan penderitaan. Diberikan kita ujian yang paling berat yang tidak diberikan kepada orang lain. Kita selalu berasa keliru pada mulanya sebelum Dia memberikan jalan keluar dan petunjuk.
Manusia mencemuh, mencaci dan merendah-rendahkan kita hanya kerana kita membawa risalah-Nya. Bila kita meminta, tidak diberi-Nya serta-merta. Dibiarkan kita merintih sampai rasa penghambaan itu benar-benar lahir dan terasa manisnya. Benar janji Allah bahawa barangsiapa bertakwa, akan diberikan jalan keluar baginya. Namun, boleh jadi jalan keluar itu berliku-liku sebelum sampai kepada penyelesaian yang paling memuaskan.

Oleh itu, haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala apa yang kita inginkan tidak diberi-Nya? Atau apa yang kita hajatkan tidak ditunaikan-Nya?
Haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala hidup kita penuh kesengsaraan dan kepayahan?
Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah. Pasti ada rahmat di sebalik ujian.

Persoalannya, kita selalu bertanya-tanya sama ada Allah sayang kita atau tidak, sebaliknya pernahkah kita risau sama ada kita betul-betul sayangkan Allah melebihi segala-galanya?

Harini excited hendak meluahkan perasaan. Tak tahu kenapa dan darimana datangnya cerita ini. Mungkin datangnya dari hati. .okayy, harini saya nak bercerita panjang lebar tentang pengalaman saya sepanjang di Politeknik. Ini cerita pada suatu malam ketika di Pusat Islam, entah kenapa apabila mendengar tazkirah dari ustaz ustazah disini. Aku dapat merasakan sesuatu, seperti menginginkan perubahan dalam diri. Melihat kakak-kakak di dalam pusat islam  memakai pakaian yang dimana menampakkan kesopana dengan menutup aurat. Pada waktu tu, terasa sebak didada,*tetiba* seperti satu tangisan dalam diri yang meronta-ronta. *Mara kehadapan dan duduk bersebelahan seorang wanita muslimah yang sangat tenang rupanya.* Kepalanya dihiasai tudung yang menutupi kepala dan menutupi dada. Pakaiaannya dilonggarkan dengan berpakaian baju muslimah atau baju kurung yang dimana tidak menampakkan susuk tubuh. Kaki yang comei ditutupi dgn stokin yang tebal dan tidak jarang. * terdetik dihati, alangkah bahagianya kedua ibu bapa aku sekiranya aku seperti ini. Hati penuh tanda Tanya, mulut memulakan bicara. .semakin rancak meluahkan rasa, airmata mula menitis. "Entah kenapa ! adakah ini lakonan ? TIDAK ! dimana aku ? dimana diri aku ? kenapa tangisan ini ?!!! AKU TAKUT ! "aku takut akan azab yang bakal menimpa diriku satu hari nanti Ya Allah. Bantu lahh hambamu untuk mencari keredhaanmu. .ingin sekali diri ini untuk menjadi sepeti mereka tapii bagaimana ? aku lemah pengetahuan agama. Aku hanya tahu untuk mengejar dunia sehinggakan aku terlupa tanggungjawab aku kepada Allah s.w.t. . . masih terngiang-ngiang di ingatan aku kata-kata dr Ayah; “wahai anakku, sehebat mana pun kita didunia ini, jangaaaan lahh engkau lupa pada Allah s.w.t” “ sekiranya Tuhan memberikan kita kekayaaan, jangaaan lahh engkau sombong. Bantu lahh mereka yang memerlukan. Kita perlu bersyukur walaupun Allah beri kita kehidupan yang sederhana, jangaan lahh merungut. Mungkin ada alasanNya” . .terlerai segala kata-kata yang terpendam, seorang wanita yang dikatakan penuh kelembutan itu berbicara kepada aku. “mungkin diantara ramai-ramai yang ada dekat sini, awakk diberikan hidayah oleh Allah s.w.t” dan “jangaaan lahh terlalu sedh, sepatutnya awakk gembira dan bersyukur kerana Allah s.w.t telah menyedarkan awakk sebelum awakk hanyut kedalam dunia yang baru kamu hendak kenali” . ."hati berbisik, memang aku menutup aurat seperti memakai tudung tapii pernahkah aku tanya samada sempurnakah cara penutupan auratku ini ?? . .

Akhir kata, insyaAllah aku akan melakukan satu perubahan kedalam diri dan perubahan ini tidak lahh terlalu drastik kerana dikhuatiri kembali cara lama. Berdasarkan cerita aku harini adalah mesej dimana manusia sentiasa menginginkan perubahan dalam diri samada baik atau buruk. Semua itu bergantung pada individu masing-masing.  Tapii aku disini adalah utk mencari keinsafan dan tidak meminta simpati dari sesiapa. Ini hanya luahan aku, setiap kali aku gembira atau sedih. Disini lahh ceritanya bermula dan berakhir. cerita ini tidak mengisahkan aku seorang yang sosial atau minah rempit atau bohsia. Tapii aku hanya seorang wanita yang lemah dalam soal agama dan ingin memperbaiki cara pemakaian dan jaga aurat dan batas-batas pergaulan. Selain itu aku ingin lebih mendekatkan diri dgn Allah s.w.t. insyaAllah aku berharap agar satu hari nanti aku akan menjadi seperti wanita muslimah.
Untuk apa kita malu bertanya kepada ustaz atau ustazah soal agama. Tidak pernahkah kita terfikir bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Pencipta kita. .Tidak kah kita lebih malu pada waktu itu apabila kita bertemu dengan kekasih kita sendiri iaitu Allah s.w.t ! Ayuh, bersama-sama lah kita melakukan perubahan. Ini juga sebagai peringatan dan keinsafaan untuk diri aku. Yang baik itu datangya dari Allah s.w.t dan segala kelemahan serta kekurangan itu datangnya dari aku. Segala silap dan salah, aku mohon maaf.
Harap masih ada yang ingin membantu dalam membentuk generasi masa kini.

Terimakasih :)

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3

Cute Pink Kaoani



Powered by Blogger.