-->
ouhh yeah ♥ :)

kawan atau sahabat ?

Assalamualaikum, Hi *kenyit mata*

Deru angin malam jadi teman, sejuk tempias rintik-rintik hujan mengena diri aku bila tingkap bilik kurenggangkan sedikit tadi. Sudah lebih sebulan cuaca diMalaysia tidak menentu. Hujan turun tidak mengira waktu. Bila dibaca isu pemanasan global dan peningkatan bencana alam diserata dunia membuat jantungku berdegup lebih laju kerana setiap kali dibaca, setiap kali itu juga dilayar fikiran terpapar suasana huru-hara jika Malaysia jadi sasaran bencana alam yang "menyerbu"

Hm, seperti biasa aku akan menghabiskan masa dimeja belajar yang terletak ditepi tingkat dalam suasana bilik serba selesa ini. Mungkin dulu aku agak "awkward" sebab. .yea lah, satu bilik hanya ditempatkan dua orang penghuni sahaja. Tapi itu lah IPTA kan kan , memberi kita keselesaan.  .Pada sesetengah orang ianya memberikan keselesaan tapi pada aku tidak :( mungkin aku tidak betul-betul mengenali siapa roomate aku tu. Hm, semakin lama aku disini, semakin aku mengenali apa itu sahabat dan apa itu kawan ? FULLSTOP.

Erti persahabatan’-Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi,seawal pagi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini.Orang kata “Kita adalah dengan siapa kita bersahabat”.Satu ungkapan yang jika diberi tafsiran kasar tidak memberi impak yang besar tetapi jika ditafsir dengan kias dan secara mendalam mampu memberi satu terjemahan yang menyeluruh tentang perjalanan kehidupan kita yang bergelar insan dan saling memerlukan.


Sahabat adalah antara pengaruh terbesar dalam mencorakkan diri kita. Kitar hidup kita berputar di sekeliling mereka.Kesalahan dalam memilih sahabat mampu merosakkan dan memporak-perandakan hidup. Ini jelas terbukti dengan kebejatan moral muda-mudi masa kini yang bergaul bebas dengan sahabat-sahabat yang ‘tidak sihat’. Ini semua bertitik tolak dari salahnya memilih sahabat.

Bagiku,asas utama persahabatan harus bersendikan keikhlasan dan kejujuran,bukan berpaksikan duit,harta,pangkat dan nama semata-mata,namun itulah hakikatnya kita pada zaman ini,zaman sukar untuk mencari yang benar-benar benar,kerana kita sering dikelirukan dengan kepalsuan pada topeng kepura-puraan.

Antara pepatah kegemaran yang sering Mak gunakan sejak dari dulu untuk menasihatiku dalam memilih sahabat ialah:“Kalau bersahabat biarlahh berpada-pada. Jangalahh kita mudah terpengaruh. Yang baik kita jadikan teladan, Yang buruk kita hindarkan”.Dulu zaman kanak-kanak,’masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ tetapi bila sudah dewasa sebegini ‘masuk telinga kiri,terus menusuk ke hati’.Terima kasih Mak kerana terus mengingatkan!

Sukar rasanya bagi aku untuk meluahkan segalanya disini kerana aku tidak mahu menimbulkan permasalahan. Tapi apakan daya, aku tiada sahabat utk aku menceritakan disebalik hatie dan perasaaan aku ini. ouhh, no no no ! ini bukan soal cinta Tapi Ini soal persahabatan : )
Kcukup ketawakan saya !
Sebenarnya, sepanjang semester satu aku disini. Telah banyak ragam manusia  aku temui. *ayat seperti biasa kan* no kumen ! tak baik menceritakan keaiban orang tau* hihi. Maaf, *tetiba* :p kadang-kadang tu walaupun kita berkawan dengan ramai orang, jangaaan kita sangka dia menyukai cara kita. seperti yang aku katakan tadi kadang-kadang tu mereka berbaik dan cuba rapat dengan kita hanya untuk mengambil kesempatan. Eventhough bukan harini, mngkin esok atau lusa atau sebaliknya. Lumrahkan manusia apabila bertemu dengan seseorang. .Mereka hanya mengambil kesempatan dengan kelebihan dan apa yang kita miliki, dan ada juga sesetengah tu selalu sahaja menonjolkan sikap yang kurang memuaskan hati aku dan kawan-kawan aku dekat sini. Hmmm. Kalau di ikutkan memang banyak lahh sikap manusia ni. Tak perlu aku nak berceramah panjang lebarkan. Korang sendiri pun pernah merasai semua tu kan ?
Eh,! aku bkn hendak bercerita atau erti kata lain “mengutuk” sesiapa. Ini hanya luahan hatie dan perasaan yg sekian lama aku pendam dan tidak terucap. Aku tidak mahu menyimpan perasaan dendam dan membiarkan titik-titik hitam didalam hati ku ini berlarutan kerana aku tidak mahu bermusuh dengn sesiapa. Dan sebab tu juga lahh aku sering meluahkan segalanya disini. Kerana setelah aku menceritakn segala, aku merasakan diriku ibarat kekosongan dan segala permasalahan terpadam dengan sekelip mata sahaja. *tutupbukulamadanbukabukubaru : * apa yg aku mksudkan tadi adalah, berhati-hatie sebelum terkena.


Heyy adek-adek, korang semua ada sahabat kan kan ?  korang sayaaaang tak sahabat korang ? ******
Hihi, masing-masing ada jawapan tersendiri, tipu lahh kalau cakap tak sayang dan tidak pernah kecik hati dengan sikap mereka. Malahan sehingga ke tahap benci pun ada kan. kadang-kadang apabila keegoaan atau titik hitam mula menguasai kita. Mula lahh berlaku semua ni kan , dendam, dengki, benci dan sbgnya. Hm, tiada manusia yang sempurna didunia ni dan masing-masing pernah melakukan kesalahan. Yang berlaku telah pun berlaku. Apa yang boleh kita lakukan adalah memohon maaf dari dia dan harus di ingat kan, kemaafan tidak hanya pada perkataan. Tetapi hendak lahh dilakukan dengan perbuatan dan keikhlasan. Yea lahh, tidak semua kemaafan akan terhapus dgn perkataan MAAF. Perkara telah berlaku, apa yang boleh kita lakukan hanya dengan melakukan perubahan agar disukai dan mudah didampingi.

Cerita aku pada entri harini tidak akn menceritakan perkara sebenar tetapi hanya akan berkata-kata seumpama memberi semangat dan disamping tu memulihkan semula perhubungan persahabatan yg hampir terlerai hanya disebabkan permasalahan yang boleh diatasi. Entah aku pun taktahu dimana silapnya ? aku kah silapnya. ? maafkan aku : )  Untuk pengetahuan semua, sahabat yang baik akan sentiasa menegur kesilapan sahabatnya dan sahabat yg sering memendam itu bukan lahh sahabat sejati kerana ia akan menyebabkan dia semakin berdendam dengan kita. *TAKENOTE*  Tiada dendam dihatiku ini, tegur jea walaudimana aku berada dan aku pasti akan senyum dan masih boleh bergelak tawa bersama anda. Its alright its okie. . I’m not ego maybe this is the besh way. Soryyy, let me stay away unnoticed. maybe not today or tomorrow but . . do not ask why i kept silent. . Dan sebenarnya, dalam hidup ini kita perlu mempunyai ramai kenalan. Selain itu, kita akan lebih mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Hmm, seronok bukan apabila kita dapat mencari pengalaman seperti ini kerana bagi aku, Kadang-kadang perkara seperti ini akan mengajar kita untuk lebih mematangkan diri dan yakin pada diri bahawa kita boleh berdikari. .Keyakinan akan muncul apabila semangat yang kuat itu datang untuk membuktikan bahawa aku boleh hidup berdikari tanpa sahabat baik. Biarlah, kita hanya kawan-kawan yang akan bersama apabila dalam satu pasukan tapi apabila kita diluar kumpulan. Kita berbeza kerana kita mempunyai matlamat tersendiri.


Kbaiiii, I appreciate all the kindness and support crew were all against me. I will never forget all the crew even where I was. we remain friends forever. Yeahhh, easier to say iloveyouu but its hard to choose which one is the best to be my besh buddies. Hmm, no more best friend, make all your friends as your best buddies. . jangaaan khuatir dgn apa yang kita bertemu pada harini tapii bersiap sedia lahh dengan apa yang akan datang di masa hadapan. *kuatkan semangat*setiap perjalanan hidup kita adalah RAHSIA. kita tak akan tahu apa akan berlaku untuk langkah seterusnya :)

 Try to be independent,

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3

Cute Pink Kaoani



Powered by Blogger.