Deru angin malam jadi teman, sejuk tempias rintik-rintik hujan mengena diri aku bila tingkap bilik kurenggangkan sedikit tadi. Sudah lebih sebulan cuaca diMalaysia tidak menentu. Hujan turun tidak mengira waktu. Bila dibaca isu pemanasan global dan peningkatan bencana alam diserata dunia membuat jantungku berdegup lebih laju kerana setiap kali dibaca, setiap kali itu juga dilayar fikiran terpapar suasana huru-hara jika Malaysia jadi sasaran bencana alam yang "menyerbu"
Hm, seperti biasa aku akan menghabiskan masa dimeja belajar yang terletak ditepi tingkat dalam suasana bilik serba selesa ini. Mungkin dulu aku agak "awkward" sebab. .yea lah, satu bilik hanya ditempatkan dua orang penghuni sahaja. Tapi itu lah IPTA kan kan , memberi kita keselesaan. .Pada sesetengah orang ianya memberikan keselesaan tapi pada aku tidak :( mungkin aku tidak betul-betul mengenali siapa roomate aku tu. Hm, semakin lama aku disini, semakin aku mengenali apa itu sahabat dan apa itu kawan ? FULLSTOP.
Erti persahabatan’-Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi,seawal pagi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini.Orang kata “Kita adalah dengan siapa kita bersahabat”.Satu ungkapan yang jika diberi tafsiran kasar tidak memberi impak yang besar tetapi jika ditafsir dengan kias dan secara mendalam mampu memberi satu terjemahan yang menyeluruh tentang perjalanan kehidupan kita yang bergelar insan dan saling memerlukan.
Sahabat adalah antara pengaruh terbesar dalam
mencorakkan diri kita. Kitar hidup kita berputar di sekeliling
mereka.Kesalahan dalam memilih sahabat mampu merosakkan dan
memporak-perandakan hidup. Ini jelas terbukti dengan kebejatan moral
muda-mudi masa kini yang bergaul bebas dengan sahabat-sahabat yang
‘tidak sihat’. Ini semua bertitik tolak dari salahnya memilih sahabat.
Bagiku,asas utama persahabatan harus
bersendikan keikhlasan dan kejujuran,bukan berpaksikan
duit,harta,pangkat dan nama semata-mata,namun itulah hakikatnya kita
pada zaman ini,zaman sukar untuk mencari yang benar-benar benar,kerana
kita sering dikelirukan dengan kepalsuan pada topeng kepura-puraan.
Antara pepatah kegemaran yang sering Mak gunakan sejak dari dulu untuk menasihatiku dalam memilih sahabat ialah:“Kalau
bersahabat biarlahh berpada-pada. Jangalahh kita mudah terpengaruh. Yang baik kita jadikan teladan, Yang buruk kita hindarkan”.Dulu zaman kanak-kanak,’masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ tetapi bila sudah dewasa sebegini ‘masuk telinga kiri,terus menusuk ke hati’.Terima kasih Mak kerana terus mengingatkan!
Sukar rasanya bagi aku untuk meluahkan segalanya disini kerana
aku tidak mahu menimbulkan permasalahan. Tapi apakan daya, aku tiada sahabat utk
aku menceritakan disebalik hatie dan perasaaan aku ini. ouhh, no no no ! ini
bukan soal cinta Tapi Ini soal persahabatan : )
Kcukup
ketawakan saya !
Sebenarnya, sepanjang semester satu aku disini. Telah banyak
ragam
manusia aku temui. *ayat seperti biasa kan* no
kumen !
tak baik menceritakan keaiban orang tau* hihi. Maaf, *tetiba* :p kadang-kadang tu walaupun
kita
berkawan dengan ramai orang, jangaaan kita sangka dia menyukai cara
kita. seperti yang aku katakan tadi kadang-kadang tu mereka berbaik dan
cuba rapat dengan kita hanya untuk mengambil
kesempatan. Eventhough bukan harini, mngkin esok atau lusa atau
sebaliknya.
Lumrahkan manusia apabila bertemu dengan seseorang. .Mereka hanya
mengambil
kesempatan dengan kelebihan dan apa yang kita miliki, dan ada juga
sesetengah tu
selalu sahaja menonjolkan sikap yang kurang memuaskan hati aku dan
kawan-kawan
aku dekat sini. Hmmm. Kalau di ikutkan memang banyak lahh sikap manusia ni.
Tak perlu
aku nak berceramah panjang lebarkan. Korang sendiri pun pernah merasai
semua tu
kan ?
Eh,! aku bkn
hendak bercerita atau erti kata lain “mengutuk” sesiapa. Ini hanya luahan hatie
dan perasaan yg sekian lama aku pendam dan tidak terucap. Aku tidak mahu
menyimpan perasaan dendam dan membiarkan titik-titik hitam didalam hati ku ini
berlarutan kerana aku tidak mahu bermusuh dengn sesiapa. Dan sebab tu juga lahh
aku sering meluahkan segalanya disini. Kerana setelah aku menceritakn segala,
aku merasakan diriku ibarat kekosongan dan segala permasalahan terpadam dengan sekelip
mata sahaja. *tutupbukulamadanbukabukubaru : * apa yg aku mksudkan tadi adalah,
berhati-hatie sebelum terkena.
Heyy
adek-adek, korang semua ada sahabat kan kan ?
korang sayaaaang tak sahabat korang ? ******
Hihi,
masing-masing
ada jawapan tersendiri, tipu lahh kalau cakap tak sayang dan
tidak pernah kecik hati dengan sikap mereka. Malahan sehingga ke tahap
benci pun
ada kan. kadang-kadang apabila keegoaan atau titik hitam mula menguasai
kita. Mula lahh
berlaku semua ni kan , dendam, dengki, benci dan sbgnya. Hm, tiada
manusia
yang sempurna didunia ni dan masing-masing pernah melakukan kesalahan.
Yang
berlaku telah pun berlaku. Apa yang boleh kita lakukan adalah memohon
maaf dari dia dan harus di ingat kan, kemaafan tidak hanya pada
perkataan. Tetapi hendak
lahh dilakukan dengan perbuatan dan keikhlasan. Yea lahh, tidak semua
kemaafan akan
terhapus dgn perkataan MAAF. Perkara telah berlaku, apa yang boleh kita
lakukan
hanya dengan melakukan perubahan agar disukai dan mudah didampingi.
Cerita aku
pada entri harini tidak akn menceritakan perkara sebenar tetapi hanya akan
berkata-kata seumpama memberi semangat dan disamping tu memulihkan semula
perhubungan persahabatan yg hampir terlerai hanya disebabkan permasalahan yang
boleh diatasi. Entah aku pun taktahu dimana silapnya ? aku kah silapnya. ? maafkan aku : ) Untuk pengetahuan semua,
sahabat yang baik akan sentiasa menegur kesilapan sahabatnya dan sahabat yg sering
memendam itu bukan lahh sahabat sejati kerana ia akan menyebabkan dia semakin
berdendam dengan kita. *TAKENOTE* Tiada dendam dihatiku ini, tegur jea walaudimana aku berada dan aku pasti akan senyum dan masih boleh bergelak
tawa bersama anda. Its alright its okie. . I’m not ego
maybe this is the besh way. Soryyy, let me stay away unnoticed. maybe not today
or tomorrow but . . do not ask why i kept silent. . Dan sebenarnya, dalam hidup ini kita perlu mempunyai ramai kenalan. Selain itu, kita akan lebih mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Hmm, seronok bukan apabila kita dapat mencari pengalaman seperti ini kerana bagi aku, Kadang-kadang perkara seperti ini akan mengajar kita untuk lebih mematangkan diri dan yakin pada diri bahawa kita boleh berdikari. .Keyakinan akan muncul apabila semangat yang kuat itu datang untuk membuktikan bahawa aku boleh hidup berdikari tanpa sahabat baik. Biarlah, kita hanya kawan-kawan yang akan bersama apabila dalam satu pasukan tapi apabila kita diluar kumpulan. Kita berbeza kerana kita mempunyai matlamat tersendiri.
Kbaiiii, I
appreciate all the kindness and support crew were all against me. I will never
forget all the crew even where I was. we remain friends forever. Yeahhh, easier
to say iloveyouu but its hard to choose which one is the best to be my besh
buddies. Hmm, no more best friend, make all your friends as your best buddies.
. jangaaan khuatir dgn apa yang kita bertemu pada harini tapii bersiap sedia
lahh dengan apa yang akan datang di masa hadapan. *kuatkan semangat*setiap
perjalanan hidup kita adalah RAHSIA. kita tak akan tahu apa akan berlaku untuk
langkah seterusnya :)
Try to be independent,
Try to be independent,
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3