Assalamualaikum, hi :3
Langit jelas kelihatan kebiruan, bersama awan berarak kesana kemari. Hm, cantek kan ciptaan Tuhan ? Cuma kadang-kadang tu, kita jea tak nampak semua tu kan. Nak tahu kenapa ? Sebabnya kita terlalu sibuk dengan hal dunia sehinggakan kita tidak pernah memberi ruang untuk merasai kenikmatan ciptaan Tuhan. Apabila cuaca panas, kita sering menyalahkan. Begitu juga apabila hujan, Tahukah kamu bahawa, setiap kenikmatan atau keindahan yang kamu persalahkan itu adalah ciptaanNya. Sepatutnya kita bersyukur kerana pada harini kita masih boleh merasai musim yang berbeza-beza. .Tidakkah kamu tahu bahawa hujan itu satu rahmat. Kasihanilah mereka yang terpaksa mengalami satu musim. Pernahkah anda semua terfikir semua itu ?!
Hm, manusia ni mudah menyalahkan takdir. kenapa kenapa kenapa ?
Heyy adek-adek. Pernah tak anda berada dalam satu situasi yang dimana tiba-tiba korang rasa hidup keseorangan dan tiada kawan untuk berbicara melainkan berbicara dengan hati adek-adek sendiri. Pernah tak pernah tak ? :) *kenyit mata, senyum sendiri*
har har har. Apabila kita sendirian, kita akan merasai kelainan. Kelainan seperti kita sedang mengkaitkan diri kita dengan situasi pada harini. Pernahkah adek-adek memberi motivasi untuk diri sendiri ? siapa pernah. sila angkat tangan :D
kcukup semua. . Sejujurnya aku kesunyian dan rungsing. Entah kenapa. Mungkin sedang memikirkan Final yang bakal mendatang ini. *ayat tunggang terbalik, jiwa bercelaru* Hmm, selepas sahaja ayah menghantar aku ke KAMSIS. Hati ini terasa berat sekali untuk melepaskan mereka pergi. Ahhh ! *muka bengang* kenapakah ? mengapakah dengan diriku ini ?! *airmata menitis, hentak-hentak kepala dekat dinding* hihi.
Sudah cukup sudah melayani kepiluan ini. Tiada gunanya aku meratapi kesedihan sekiranya tiada hasil kejayaan yang aku buktikan kepada mereka. Aku sentiasa menginginkan yang terbaik untuk keluarga aku, kalau dulu sebelum SPM. Aku hanya mampu membuktikan perubahan diriku untuk mereka, dan aku berazam untuk membuat mereka gembira dengan keputusan SPM aku. Alhamdulillah, eventhough dapat berapa kerat jea A tapii aku berjaya membuktikan bahawa aku juga boleh berjaya seperti mereka yang lain. Dan kini apabila aku diPoliteknik, aku tidak mahu mensia-siakan peluang yang telah ada. Aku akan terus bersemangat selagi mak dan ayah menyokong kejayaan aku.
Huhh, masing terngiang-ngiang kata-kata mak pada aku sewaktu dalam kereta haritu
"Wahai anakku, kami terlalu menyayangimu. Baik burukmu kami terima kerana kamu anakku. Setiap permasalahan yang kamu hadapi kami turut merasai. Mak ayah mana yang sanggup melihat anaknya sedih ? kerana Itu semua akan mendatangkan kerisauan kepada mereka. . Anakku, walaubagaimanapun kami tetap akan memberi sokongan dan semangat kepadamu. Kami juga ingin kamu belajar berdikari dan belajar erti kesusahan. Biar kamu merasai kesusahan pada harini supaya kamu tidak sombong dan angkuh dengan kejayaan yang kamu miliki pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya kamu hargai kesusahan yang kamu alami harini. Kami tidak akn memberikan kamu kesenangan melainkan kamu usaha sendiri. Dan satu perkara lagi yang perlu kamu ingat, ayah ada penyakit kencing manis dan banyak makan ubat. Selain itu, dia juga sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam bagi mengembalikan kesihatan akibat kurangnya senaman dahulu. .erk, kita tidak meminta perkara seperti ini berlaku. Ajal dan maut ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan mencari penawar, yang selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t Selain itu, kita berdoa agar dijauhkan dari keburukan. Mak dan ayah tidak tahu sampai bilakah kami akan terus kekal begini. Jikalau kamu tidak kasihan pada mak, kasihan lah pada ayah yang selama ini bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga kita. Kesusahan, keletihan, kesedihan tidak pernah ditonjolkan. Hanya senyuman sentiasa terukir di raut wajahnya. Tapi kamu sebagai anda haruslah memahami"
Mak menceritakan kisah ayah sewaktu dia melanjutkan pelajaran di PUO. Waktu tu dia sedang melanjutkan pelajaran bagi memperoleh segulung diploma dalam kursus engineering. Tiba-tiba dia mendapat berita tentang kematian ayahnya yang berada dikampung. Bayangkan perasaanya waktu itu, belum sempat lagi menamatkan pengajian dia telah diberi ujian sebegini. Mampukah ayah menghadapinya ? *emak menyambung ceritanya* Walaubagaimanapun, ayah tetap meneruskan pengajiaannya. Dan dia mempunyai sikap tidak putus asa. Bagi dirinya, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika kita mampu menghadapi. Semangat dan keyakinan itu datang dari kita sendiri. Ayah juga sedih kerana dia belum sempat untuk membalas jasa arwah ayahnya. Alhamdulillah, lihatlah pada harini dengan usaha dan semangat yang tidak pernah berputus asa, dia telah berjaya menjadi seorang engineer disebuah kilang. Disebabkan itu juga lah, dia ingin aku dan adek jadi sepertinya. Dahulunya, orang kampung pernah berkata-kata kepada arwah tok dan tokwan bahawa anak-anak mereka tidak akan berjaya.! *sedih arwah tok dan arwah tokwan mendengarnya* Tetapi alhamdulilahh, sila lihat harini anak-anaknya telah berjaya antaranya, guru, engineer, ustzah dikelas agama, dan pakar dlm bendalah komputer :D
Ingatlah, tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t agar dimurahkan rezeki.
Akhir kata, kasih sayang mak dan ayah kepada anak-anaknya tidak pernah terhenti. Dan kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan mereka. Dengan itu, mereka akan merasakan bahaw tidak menjadi sia-sia lahh pengorbanan mereka selama ini apabila melihat kejayaan anak-anak. Harus diingatkan juga, apabila kita sudah berjaya, jangan lahh lupa kepada Allah s.w.t dan jangan angkuh dan dengki terhadap orang lain. kerana setiap orang memiliki rezeki yang tersendiri.
Terimakaseh,
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan comment untuk miss mustache anda disini.
SATU punn jadi lah. muehehe :3